Microsoft Office PowerPoint (Animation Pac Man Game) & Advokasi

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas animasi permainan Pac Man menggunakan Microsoft Office PowerPoint di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini dijalankan ialah berkongsi ilmu pengetahuan bersama para perserta dalam menghasilkan animasi permainan Pac Man. Di dalam kelas ini, para pelajar diajar menghasilkan animasi melibatkan penggunaan animation teks, shape dan picture. Di akhir kelas, para peserta diminta membentangkan hasil animasi pemainan Pac Man masing-masing.

Seramai 11 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 01:00 petang sehingga 05:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali